Monday, November 15, 2010

sekolah yang bakal aku tinggalkan..bye...

    sekolahku yang ku bakal aku tinggalkan, dah hampir 7 tahun aku hidup bersamamu, tak sabar rasanya nak tamatkan alam persekolahan, dan ini pulak aktiviti budak kelas kitowang time-time cikgu tak ade..
ni pulak blok paling belakang dalam kelas kitorang..
aktiviti tak berfaedah memang amat digemari budak-budak kelas kitorang..haha..antaranya main laptop, online la, ape lagi, tapi aku tak main la laptop dalam kelas ok..


ni plak aktiviti 'BINGO', dah bosan sangat la tu..


semua kenangan ni bakal aku tinggalkan...huhu..sedih pulak...

yea...balik kampung deyh~~

    ha..ini die yang aku sayangi, yang aku rindui selama aku kat Sibu..rindunya...and to Haziq, this is what u want to see..maaf ye, teratak usang inilah rumah kampungku..



dan ini pulak ape yang aku suke makan bile sampai kat kampung, kat satu tempat namanya Medan..yummy...

Friday, November 12, 2010

my family lorh...

aku rasa aku dah addicted untuk meng'upload' video ke dalam blog aku ni. To my boyfriend, this is what i rakam sepanjang kebosananku..aha..ini video adik kesayanganku and sepupuku serta video masa mak andakku datang ke sarawak..rindunya pada saat-saat itu..

i love them...



    Aku amat sukakan budak-budak, tak akan ada sesiapa pun yang dapat menghalang aku dari sukakan kanak-kanak, (cehh...). Kali ni aku postkan benda yang langsung tak penting, pasal budak-budak, yang comel, geram sangat tengok diorang.. Great..aku memang suka buang masa dengan perkara yang tak berfaedah...lol...

Wednesday, October 27, 2010

I LOVE U

SY HAZIQ NAZIR BIN MOHD SIRAT FROM KLANG,LOVE RABIATUL 4EVER..
WAIT ME  FROM SEMENANJUNG..LOVE U,THNKS COZ LOVE ME TO...^_^

Saturday, October 9, 2010

Hikmah Perkahwinan...



Ramai yang tidak mengetahui hikmah perkahwinan yang sebenarnya. Perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah:

1.Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia, iaitu fitrah semula jadi setiap manusia yang saling memerlkan pasangan hidup dan zuriat yang bersih dan soleh. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan Allah s.w.t menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit..."


2.Untuk menyalurkan tuntutan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syara'. Seperti yang telah ditetapkan dalam Islam, seorang leleki yang mampu dari segi kewangan dan dari segi batinnya, diharuskan berkahwin, sesuai dengan sunnah Rasulullah.


3.Perkahwinan merupakan suatu sunnah dan ibadah. Seperti yang telah kita ketahui, hukum asal perkahwinan ialah, harus, namun ianya berubah mengikut keadaan yang tertentu.


4.Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan terurus. Sebagai contoh, seorang lelaki yang masih belum berkahwin tiada siapa yang hendak menguruskan makan, minum serta pakaiannya, tetapi situasi ini akan berubah setelah dia berkahwin. Memiliki seoramg isteri akan lebih menjamin hidupnya, dan isteri ini akan menguruskan segala-gala yang sebelum ini dilakukan sendiri. 


5.Hidup seseorang mempunyai sistem dan sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan sempurna. Jika sebelum ini dia solat sendirian, setelah berkahwin dan memiliki isteri, mereka akan mendapat pahala solat jemaah berbanding pahala solat bersendirian sebelumnya.


6.Perkahwinan dapat membendung serta dapat membanteras penyakit sosial, tidak bermaruah, berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, penzinaan, bohsia dan seks bebas.


7.Dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayangantara pasangan suami isteri. SEbagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan  kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang ahti dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunggunhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bag orang yang berfikir.(surah al-rum 30:21)"


8.Berhak antara pasangan suami dan isteri mewarisi harta antara satu sama lain apabila mati salah seorang.


9.Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia serta pembentukan zuriat yang sah di sisi syara'.


10.Menghubung tali persaudaraan sesama Islam.


11.Mengukuhkan ekonomi bagi pasangan yang bekerja.

Jadikan hikmah ini sebagai inspirasi untuk semua...

Thursday, October 7, 2010

Duhai Suamiku...


 Lelaki mulai lupa pada tanggungjawab mereka. Bukan semua, namun sebahagian dari mereka seolah-olah melepaskan diri dari tanggungjawab masing-masing. Setiap muslim wajib membetulkan dirinya dahulu, selepas itu barulah membetulkan ahli keluarga dan ahli yang dipimpinnya.

   Bapa atau suami yang bertindak sebagai ketua bagi sesebuah keluarga haruslah memastikan ahli dibawah jagaannya berada dalam landasan yang betul. Antara tanggungjawab ketua keluarga ialah:

1.mengingatkan ahli keluarga supaya selalu menunaikan sembahyang serta mengingatkan mereka agar sembahyang tepat pada waktunya. Hendaklah mencontohi nabi yang mengajak ahli keluarganya mengerjakan solat sunat, contohnya Baginda mengejutkan isteri baginda untuk menunaikan solat witir.

2.hendaklah mendidik anak-anak supaya berpuasa sebagai latihan semenjak kecil. Hal ini supaya anak-anak mudah dibentuk apabila mereka baligh.Tidaklah perlu lagi ibu bapa bersusah payah untuk mengajar mereka berpuasa kerena sudah pastinya mereka sendiri mengerti apa yang harus mereka lakukan.

3.mengajar ahli keluarga dengan pekerti mulia dan pendidikan agama. Sekiranya tidak mampu mengajar sendiri, hantarlah anak-anak dan isteri ke tempat khas untuk belajar agama. Galakkan mereka untuk menghadiri kelas-kelas agama dan majlis-majlis ilmu.

4.memberikan layanan yang baik dan tunjukkan pekerti yang baik kepada anak-anak dan isteri. Ini kerena pekerti mulia yang ditunjukkan akan menjadi contoh kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak melihat pekerti seorang bapa buruk, contohnya bapa tersebut kuat merokok dan suka marah-marah, anak-anak akan membesar dengan sikap yang buruk dan membesar dengan kebencian.

5.menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga, isteri dan anak-anak yang belum mampu bekerja. Ketua keluarga haruslah menyedari tanggungjawab mereka ini, contohnya memberi nafkah kepada ibu bapa yang masih hidup, adil dalam memberi nafkah kepada isteri-isteri (sekiranya beristeri lebih dari satu la ye...) dan kepada anak-anak.

   Justeru itu, suami-suami sekalian, kamu bertanggungjawab sebagai ketua keluarga haruslah menyedari apa yang harus kamu lakukan. Sekali kamu lupa pada tanggungjawab kamu, maka tanggunglah dosa itu nanti. Banyak lagi sebenarnya tanggungjawab kamu. Fikir-fikirkanlah...

Monday, September 27, 2010

macam-macam hal...

   kemalangan jalanraya semakin meningkat, namun pengguna jalan raya masih belum sedar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri mereka sendiri, tak kisah la sama ada pejalan kaki atau pegguna kenderaan bermotor.

   vie teringat pada ayah yang pada tempoh hari dilanggar oleh sebuah kereta myvi, nasib baik tak apa-apa. vie cuma mampu mendengar khabar yang ummi sampaikan, nak balik dengan kadar segera, memang tak mungkin sempat. hm..memang susah bila duduk berjauhan dengan keluarga. oh, berbalik kepada kisah ayah tadi, ayah dan adik yang balik (dari mana ntah, vie pun tak tau...) dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang. bontot motosikal ayah diciumnya, ayah dan adik tercampak ke bahu jalan, motosikal terseret bersama kereta tadi. nasib baik pemandu tersebut seorang yang bertanggungjawab. kalau tak, entah apa la yang akan berlaku.


   pemandu tadi membawa ayah dan adik pergi hospital, buat pemeriksaan. setelah diperiksa, alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan luar atau dalam pada mereka berdua. cuma ayah mengalami sakit-sakit badan, dan tak dapat tidur akibat kesakitan yang dialami. kalaulah semua pengguna jalan raya bertanggungjawab seperti pemandu myvi tadi, tentu negara kita akan lebih aman.
   bukan apa, sekiranya berlaku kemalangan, dan pemandu tadi lari dari tempat kejadian, cuba fikirkan, apa yang akan terjadi? dan kalaulah yang dilanggar mengalami kecederaan yang parah, siapa yang hendak bertanggungjawab? fikir-fikirkanlah...
   secara purata, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat sebanyak 7.8% pada setiap tahun. kes kemalangan yang dicatatkan meningkat sebanyak 189186 kes berbanding pada tahun 2000 yang mencatatkan sebanyak 208144 kes.
   pada bulan ramadhan yang lalu juga, salah seorang kakak sahabat vie, yang juga merupakan senior di sekolah mengalami kemalangan, dan kini...dia telah kembali ke rahmatulla, meninggal dunia di tempat kejadian. dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian tengkuknya. ini menyababkan vie menjadi fobie hendak memandu..hm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...