Saturday, October 9, 2010
Hikmah Perkahwinan...
Ramai yang tidak mengetahui hikmah perkahwinan yang sebenarnya. Perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah:
1.Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia, iaitu fitrah semula jadi setiap manusia yang saling memerlkan pasangan hidup dan zuriat yang bersih dan soleh. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan Allah s.w.t menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit..."
2.Untuk menyalurkan tuntutan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syara'. Seperti yang telah ditetapkan dalam Islam, seorang leleki yang mampu dari segi kewangan dan dari segi batinnya, diharuskan berkahwin, sesuai dengan sunnah Rasulullah.
3.Perkahwinan merupakan suatu sunnah dan ibadah. Seperti yang telah kita ketahui, hukum asal perkahwinan ialah, harus, namun ianya berubah mengikut keadaan yang tertentu.
4.Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan terurus. Sebagai contoh, seorang lelaki yang masih belum berkahwin tiada siapa yang hendak menguruskan makan, minum serta pakaiannya, tetapi situasi ini akan berubah setelah dia berkahwin. Memiliki seoramg isteri akan lebih menjamin hidupnya, dan isteri ini akan menguruskan segala-gala yang sebelum ini dilakukan sendiri.
5.Hidup seseorang mempunyai sistem dan sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan sempurna. Jika sebelum ini dia solat sendirian, setelah berkahwin dan memiliki isteri, mereka akan mendapat pahala solat jemaah berbanding pahala solat bersendirian sebelumnya.
6.Perkahwinan dapat membendung serta dapat membanteras penyakit sosial, tidak bermaruah, berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, penzinaan, bohsia dan seks bebas.
7.Dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayangantara pasangan suami isteri. SEbagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang ahti dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunggunhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bag orang yang berfikir.(surah al-rum 30:21)"
8.Berhak antara pasangan suami dan isteri mewarisi harta antara satu sama lain apabila mati salah seorang.
9.Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia serta pembentukan zuriat yang sah di sisi syara'.
10.Menghubung tali persaudaraan sesama Islam.
11.Mengukuhkan ekonomi bagi pasangan yang bekerja.
Jadikan hikmah ini sebagai inspirasi untuk semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment