Wednesday, October 27, 2010

I LOVE U

SY HAZIQ NAZIR BIN MOHD SIRAT FROM KLANG,LOVE RABIATUL 4EVER..
WAIT ME  FROM SEMENANJUNG..LOVE U,THNKS COZ LOVE ME TO...^_^

Saturday, October 9, 2010

Hikmah Perkahwinan...



Ramai yang tidak mengetahui hikmah perkahwinan yang sebenarnya. Perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah:

1.Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia, iaitu fitrah semula jadi setiap manusia yang saling memerlkan pasangan hidup dan zuriat yang bersih dan soleh. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan Allah s.w.t menjadikan bagi kamu daripada diri kamu sendiri pasang-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit..."


2.Untuk menyalurkan tuntutan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syara'. Seperti yang telah ditetapkan dalam Islam, seorang leleki yang mampu dari segi kewangan dan dari segi batinnya, diharuskan berkahwin, sesuai dengan sunnah Rasulullah.


3.Perkahwinan merupakan suatu sunnah dan ibadah. Seperti yang telah kita ketahui, hukum asal perkahwinan ialah, harus, namun ianya berubah mengikut keadaan yang tertentu.


4.Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan terurus. Sebagai contoh, seorang lelaki yang masih belum berkahwin tiada siapa yang hendak menguruskan makan, minum serta pakaiannya, tetapi situasi ini akan berubah setelah dia berkahwin. Memiliki seoramg isteri akan lebih menjamin hidupnya, dan isteri ini akan menguruskan segala-gala yang sebelum ini dilakukan sendiri. 


5.Hidup seseorang mempunyai sistem dan sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga dengan sempurna. Jika sebelum ini dia solat sendirian, setelah berkahwin dan memiliki isteri, mereka akan mendapat pahala solat jemaah berbanding pahala solat bersendirian sebelumnya.


6.Perkahwinan dapat membendung serta dapat membanteras penyakit sosial, tidak bermaruah, berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, penzinaan, bohsia dan seks bebas.


7.Dapat mengadakan perbincangan dan berkasih sayangantara pasangan suami isteri. SEbagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan  kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang ahti dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunggunhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bag orang yang berfikir.(surah al-rum 30:21)"


8.Berhak antara pasangan suami dan isteri mewarisi harta antara satu sama lain apabila mati salah seorang.


9.Untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia serta pembentukan zuriat yang sah di sisi syara'.


10.Menghubung tali persaudaraan sesama Islam.


11.Mengukuhkan ekonomi bagi pasangan yang bekerja.

Jadikan hikmah ini sebagai inspirasi untuk semua...

Thursday, October 7, 2010

Duhai Suamiku...


 Lelaki mulai lupa pada tanggungjawab mereka. Bukan semua, namun sebahagian dari mereka seolah-olah melepaskan diri dari tanggungjawab masing-masing. Setiap muslim wajib membetulkan dirinya dahulu, selepas itu barulah membetulkan ahli keluarga dan ahli yang dipimpinnya.

   Bapa atau suami yang bertindak sebagai ketua bagi sesebuah keluarga haruslah memastikan ahli dibawah jagaannya berada dalam landasan yang betul. Antara tanggungjawab ketua keluarga ialah:

1.mengingatkan ahli keluarga supaya selalu menunaikan sembahyang serta mengingatkan mereka agar sembahyang tepat pada waktunya. Hendaklah mencontohi nabi yang mengajak ahli keluarganya mengerjakan solat sunat, contohnya Baginda mengejutkan isteri baginda untuk menunaikan solat witir.

2.hendaklah mendidik anak-anak supaya berpuasa sebagai latihan semenjak kecil. Hal ini supaya anak-anak mudah dibentuk apabila mereka baligh.Tidaklah perlu lagi ibu bapa bersusah payah untuk mengajar mereka berpuasa kerena sudah pastinya mereka sendiri mengerti apa yang harus mereka lakukan.

3.mengajar ahli keluarga dengan pekerti mulia dan pendidikan agama. Sekiranya tidak mampu mengajar sendiri, hantarlah anak-anak dan isteri ke tempat khas untuk belajar agama. Galakkan mereka untuk menghadiri kelas-kelas agama dan majlis-majlis ilmu.

4.memberikan layanan yang baik dan tunjukkan pekerti yang baik kepada anak-anak dan isteri. Ini kerena pekerti mulia yang ditunjukkan akan menjadi contoh kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak melihat pekerti seorang bapa buruk, contohnya bapa tersebut kuat merokok dan suka marah-marah, anak-anak akan membesar dengan sikap yang buruk dan membesar dengan kebencian.

5.menyara dan memberi nafkah terhadap ahli keluarga, isteri dan anak-anak yang belum mampu bekerja. Ketua keluarga haruslah menyedari tanggungjawab mereka ini, contohnya memberi nafkah kepada ibu bapa yang masih hidup, adil dalam memberi nafkah kepada isteri-isteri (sekiranya beristeri lebih dari satu la ye...) dan kepada anak-anak.

   Justeru itu, suami-suami sekalian, kamu bertanggungjawab sebagai ketua keluarga haruslah menyedari apa yang harus kamu lakukan. Sekali kamu lupa pada tanggungjawab kamu, maka tanggunglah dosa itu nanti. Banyak lagi sebenarnya tanggungjawab kamu. Fikir-fikirkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...