Monday, September 27, 2010

macam-macam hal...

   kemalangan jalanraya semakin meningkat, namun pengguna jalan raya masih belum sedar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri mereka sendiri, tak kisah la sama ada pejalan kaki atau pegguna kenderaan bermotor.

   vie teringat pada ayah yang pada tempoh hari dilanggar oleh sebuah kereta myvi, nasib baik tak apa-apa. vie cuma mampu mendengar khabar yang ummi sampaikan, nak balik dengan kadar segera, memang tak mungkin sempat. hm..memang susah bila duduk berjauhan dengan keluarga. oh, berbalik kepada kisah ayah tadi, ayah dan adik yang balik (dari mana ntah, vie pun tak tau...) dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang. bontot motosikal ayah diciumnya, ayah dan adik tercampak ke bahu jalan, motosikal terseret bersama kereta tadi. nasib baik pemandu tersebut seorang yang bertanggungjawab. kalau tak, entah apa la yang akan berlaku.


   pemandu tadi membawa ayah dan adik pergi hospital, buat pemeriksaan. setelah diperiksa, alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan luar atau dalam pada mereka berdua. cuma ayah mengalami sakit-sakit badan, dan tak dapat tidur akibat kesakitan yang dialami. kalaulah semua pengguna jalan raya bertanggungjawab seperti pemandu myvi tadi, tentu negara kita akan lebih aman.
   bukan apa, sekiranya berlaku kemalangan, dan pemandu tadi lari dari tempat kejadian, cuba fikirkan, apa yang akan terjadi? dan kalaulah yang dilanggar mengalami kecederaan yang parah, siapa yang hendak bertanggungjawab? fikir-fikirkanlah...
   secara purata, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat sebanyak 7.8% pada setiap tahun. kes kemalangan yang dicatatkan meningkat sebanyak 189186 kes berbanding pada tahun 2000 yang mencatatkan sebanyak 208144 kes.
   pada bulan ramadhan yang lalu juga, salah seorang kakak sahabat vie, yang juga merupakan senior di sekolah mengalami kemalangan, dan kini...dia telah kembali ke rahmatulla, meninggal dunia di tempat kejadian. dia mengalami kecederaan yang serius di bahagian tengkuknya. ini menyababkan vie menjadi fobie hendak memandu..hm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...